MELAKA: Gara-gara tidak puas hati bunyi hon motor dan dijerit 'hoi, seorang pemandu kereta, yang sedang menjalani pengawasan polis, bertindak mengacu pistol di kepala seorang penunggang motosikal di hadapan Melaka Mall, di sini, tengah malam tadi.
Bagaimanapun, tindakan pemandu kereta Myvi berusia 28 tahun itu membawa padah apabila mangsa bekerja sebagai mekanik merampas senjata tersebut selepas bergelut dengan suspek.
Suspek cuba melarikan diri dengan kenderaannya namun berjaya ditangkap oleh mangsa berusia 24 tahun dengan bantuan orang awam dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit, berkata kejadian berlaku apabila mangsa dari arah Ayer Keroh menghala ke arah bandar Melaka sedang meneruskan perjalanan apabila lampu hijau di lampu isyarat berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya kerana membuat pusingan U dari arah bertentangan sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
"Mangsa sempat menekan brek dan mengelak daripada melanggar kereta suspek," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian membunyikan hon dan menjerit 'hoi' ke arahnya sebelum suspek mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan di hadapan Melaka Mall.
Katanya, mangsa kemudian berhenti dan pergi ke arah suspek yang kemudian memarahinya sebaik keluar dari keretanya sebelum mencekak leher mangsa dari belakang serta mengacu pistol di kepalanya.
Katanya, berlaku pergelutan antara kedua-duanya sebelum mangsa berjaya merampas pistol berkenaan dan suspek cuba melarikan diri bersama kenderaannya sebelum dicekup.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selama dua tahun bermula 1 Nov 2021.
"Suspek juga perlu melapor diri sebulan sekali tetapi tidak dikenakan syarat had waktu ditetapkan untuk keluar dari Melaka.
"Sepucuk pistol angin berserta enam peluru dan satu bungkus lutsinar mengandungi manik plastik berwarna hijau turut dirampas bagi siasatan lanjut," katanya.
Katanya, suspek negatif dadah hasil ujian air kencing dan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 36(1)(a)Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki pistol.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Kata Christopher, berlaku pergelutan antara kedua-duanya sebelum mangsa berjaya merampas pistol berkenaan dan suspek cuba melarikan diri bersama kenderaannya sebelum dicekup. - Gambar Sinar Harian
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
AWANI Ringkas: Keputusan SPM diumum 27 Mei ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 35 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, malam tadi.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Bekas banduan ragut di Klang, lari ke Langkawi sebelum diberkas
Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas 13 jam bertarung nyawa
Mangsa berusia 30 tahun itu meninggal dunia jam 2 pagi, Isnin.
Penunggang motosikal maut digilis kereta
Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian.
Polis siasat pergaduhan kumpulan bermotosikal
Polis siasat pergaduhan kumpulan bermotosikal